Saturday, 25 August 2012

♥Aidilfitri☺

Hey.
Lama tak update my blogger yang tersayang nii. Miss you blogger. [peluk kuat2] Last update 8 Julai sekarang dah nak habis bulan Ogos. Kesian my blogger. Dah bersarang dah [bersihkan] Nasib wangi xD K. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sorry lambat. Ye la busy. First day raya ramai datang rumah, tak sempat. Second day raya balik kampung. Nii kita baru balik. btw, korang macam mana raya tahun nii? Best? Bagi kita raya tahun nii biasa je. Tak ada yang special. Dapat duit raya banyak? Balik kampung tak? Kita balik kampung. Best. Lama koit kita dekat kampung sampai kerja sekolah sikit pun tak sentuh. Terukkan kita. Ye la. Kadang2 je balik kampung. Soo happy la sikit kan xD Bukan sikit tapi banyak xD Haha. btw, kampung kita dekat Taiping,Perak. Dapat jumpa budak kecik yang kita rindu nii.

Nama dia Siti NurAisyah. Comelkan? Satu je yang ramai agak benci dengan dia. Dia mengada-ngada x< Selalu buli orang walaupun kecik macam nii. Dan saya lah mangsa tempat untuk dia buli. Dia nii kalau dia buat kita, kita sabar je. Tapi bila kita buat dia. Nangis macam kene dera -,-'' Kadang2 baru marah dengan cakap je. Tak sentuh pun. Dah nangis. Tu la orang benci dia. Dia baik la jugak dengan kita. Yela. Perempuan an. btw, dia nii boleh nampak something. Ye la budak 3 tahun. [ramai tak percaya] K. Kita nak story dari mula. Kita sampai kampung malam. Dalam pukul 7 55 petang. Kampung kita nii macam dalam hutan sikit. Soo kene la masuk. Takut woii. Kene ada torch light baru nampak jalan. Kalau tak sesat masuk hutan mana entah. Kitaorang pernah dengar satu cerita yang kampung kita nii ada hantu. Soo time datang tu, adik kita Najmi asyik cakap pasal hantuu je. Sampai mak ayah kita pun marah. Soo bila nak masuk tu dia nangis sebab takut. Kita pun takut gak la. Dah la kene jalan depan dulu -,-'' Tapi buat derk je la xD Bila dah sampai tu. Borak2 dengan Aisyah, tetiba dia diam. Tanya la kenapa an. Ye la nak tahu gak. Dia kata ada momok -,-'' Dia panggil hantu momok k xD Kita pun macam tak nak percaya la kan. Bermula la dialog.

Me:Ye ke? Momok tu pakai baju apa?
Aisyah:Pink. [Gelak]. Muka dia macam nii.

Dia buat la muka yang tak seram tuu. Gelak la lagi ann. Ingat dia main2. Serius. Sebab dia kata baju hantu tu warna pink xD Tak ke tipu. Opah kita kata, dia memang suka warna pink sampai warna biru pun dia kata pink xD k. Back to the topic. Pastu kita tengok tv. Dia macam duduk depan bilik mak dia. Dia jerit koit.

Aisyah:Kak Shiyaaa! [batuk macam kene cekik]
Me:[terkejut] Yee. Asal nii?
Aisyah:Momok..Dia..[batuk]kik Ecah.

Terkejut gak la. Sebab bilik mak dia sebelah bilik Cik Mir. Bilik Cik Mir memang ada hantu pun. Buat derk je la kan. Gelak2 dengan dia walaupun takut sikit xD. Pastu tetiba mak kita suruh mandii. What? Malam2 nak mandii? Dah la pukul 10 malam -,-'' Mandii la kan. Bersihkan badan. Dah lah  bilik air jauh. Semua dekat ruang tamu tengah tengok tv, kita mandii sorang2. Haish. Dah la ada lubang sikit2. Sikit pun tak pandang lubang yang ada. Pandang air dengan sabun je. Takut nampak benda pelik ann. Pastu dengar ada orang basuh baju. Buat derk je. Ingatkan mak kita. Bunyi pintu la apa la. Lepas mandii tu tanya mak kita siapa basuh baju tadii? Dia kata tak ada sesiapa. K. Tu tak seram lagii. Kalau nampak ye la seram ann. Nii kene kacau jee. Lek jee. Pastu tetiba kene tidur dekat ruang tamu depan bilik Mak su kita -,-'' Nasib. Kalau depan bilik Cik Mir seram sikit. Mak su kita jarang kene kacau. Pastu tetiba semalam, kita dengar Mak su kita borak dengan mak kita. Walaupun kita dengar yang tengah tapi tetap nak dengar. [dialog lagiii]

Mak su:Ye la. Masa tu mak pun nampak aku dah balik. Dia panggil aku "Dek Na! tolong jemur agar2 nii" Ecah pun pelik la kan. Dia nampak aku masuk bilik. Dia suruh Ecah pi tengok. Ecah tengok aku dalam bilik mana ada. Dia kata kat mak mana ada mama, kasut pun tak da. Mak kata dia nampak aku dah balik pakai tudung merah baju merah.
My mom: Hang dah balik belum?
Mak su:Dak. Aku tak balik lagi. Masa tu Ecah pun nampak. Malam tu dia tak leh tidoq. Kata ada momok2. Dia je yang nampak. Masa tu bilik Amir pun ada. Dia kacau Mir tidoq dok enjut2 katil.

Start dari situ kita percaya ada hantu. Tapi kenapa tak nampak? Kenapa dia kacau je. Kalau nampak kan best. Boleh ucap Selamat Hari Raya xD


Haha.K la. Kita dah tak ada idea nak update apa. Sampai sini je koit. Sebelum saya mengundur diri. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan atas kesilapan dan terkasar bahasa yang telah saya lakukan. Walaupun tak kenal. If korang terbaca blogger kita yang terkasar bahasa harap dimaafkan.


Ikhlas dari saya Anis Shahirah.





♥ Sorry kalau tak faham apa yang kita story 
Love my blogger.

No comments:

Post a Comment